Selasa, 30 Mei 2017

Makan Steamboat & Grill Buffet FREE??? Happy birthday to me! :-)



Assalammu'alaikum wbt dan salam sejahtera. 
Ya! Betul! Anda tak salah baca tu! Memang FREE!

Tapi sebelum tu, saya nak share sikit pics suprise birthday celebration saya dari kawan2 ofis saya. Ceritanya, lagi 5-10 minit nak habis office hour, lampu ofis terpadam, gelap.. Tetiba terdengar "happy birthday to you~ happy birthday to you! happy birthday to Daia~ happy birthday to you~".  Diorang nyanyi sambil bawak kek.. Alaa.. so sweet. Terharunya saya. Thanks kawan2. Saya kat ofis ni memang kurang bercakap & bergaul sangat sebab tak ada masa, terlalu fokus dgn kerja. Bila diorang buat macam ni, tu yang rasa tersentuh sangat. Ada jugak orang yang ingat birthday kita. Thanks to Yennie & my friends. Love  U all.
Bergambar kenangan dengan Yennie, my kakak at Design Department. Sado tak saya? (Muntah jap. Taknak mengaku diri saya dah chubby, so saya bahasakan sado je. #PonBoleh)

Bergambar kenangan dengan kawan-kawan ofis.

Thank you all. Now. Berbalik kepada makan FREE tu, meh sini saya nak cerita.

Al-kisahnya, sempena my birthday yang jatuh setiap 11hb April (Sila save tarikh ni kot2 ada yg nak hantar hadiah kat mak saya kerana melahirkan saya :-p), saya berniat untuk belanja 
mak dan adik lelaki saya makan malam di sebuah restoran steamboat & grill yang terletak di Puchong, Selangor.

Restoran ni dah berapa kali turun naik newsfeed FB saya. Syok pulak tengok kawan-kawan FB makan, kita pun nak merasa jugak, sebab kita memang minat hidangan makanan jenis buffet dan grill2 ni. Seoul Garden adalah salah satu contoh tempat favourite yang saya gemari untuk fefeeling chef / main masak2 ni.. Lagipun hidangan buffet kan? heheee... #SayaSukaMakan

Ni advert dalam FB diorang. Harga RM33 seorang.

So, saya dah booking table for 3 pax. Nasib baik ada kosong. Sebab weekdays kan. Saya minta seat kat tingkat bawah dan berdekatan dengan tempat nak ambil makanan sebab nak memudahkan mak ulalng-alik, tak nak bagi die letih berjalan/turun naik tangga.

Waktu booking melalui Whatsapp tu, saya saja2 try tanya, kot2 ade
 diskaun untuk warga emas atau birthday girl/birthday boy. Mereka jawab tiada diskaun untuk warga emas, tetapi ADA DISKAUN untuk birthday person. Cuma perlu tunjuk IC pada cashier nanti bila nak buat bayaran. Alhamdulillah. yeahh... dapat diskaun! heheee... Bolehla daripada takde. Merasa jugak kelebihan jadi 'birthday girl' ni.
Lepas Maghrib, kami terus siap2 menuju ke puchong. Nama restoran ni: ASAP STEAMBOAT & GRILL.
 Type je dalam aplikasi Waze, ada je restoren ni. Terus tekan & GO! Lebih kurang pukul 8.30 malam kami sampai sana. Boleh parking di luar atau di perkarangan restoran. PS: Saya parking luar sebab dalam macam penuh, park dalam takut ganggu laluan orang nak keluar pulak nanti.

First impression: Wow. Besarnya. So bright. Sebab lampu2 dia. Masuk2 je, nampai buaian. Nampak famili tengah makan2, borak2, anak main buaian & kat laman. Suasana nampak santai & mesra keluarga. Restoren 2 tingkat. Boleh makan indoor atau outdoor. Cashier kat luar - ada macam pondok jaga kat pintu masuk tu.


Saya pass IC saya pada adik saya untuk confirmkan booking, payment & birthday diskaun sementara saya pergi park kereta. Saya bagilah RM100 suruh dia bayarkan dulu. Dah sampai kat table, adik saya bagi balance RM34. Eh.. saya tanyalah dia, berapa diskaun diorang bagi? Adik saya cakap, "FREE". - Free? "
Ya, FREE! Tu, tengok resit tu!" (Sila rujuk resit di bawah). 
Bukti pembayaran - tu, 3 pax dah jadi 2. :-) Thank you ASAP for the treat!
Birthday girl dapat FREE makan. Saya cuma perlu bayar untuk 2 orang sahaja. Alhamdulillah. Syukur. Rezeki birthday girl. :-)

Saya tak review sangat makanan & servis yang lebih2 kat post ni, sebab saya nak maklumkan mengenai offer birthday ni sahaja. Lagipun, dah banyak blog/web/FB/page sosial media yang lain dah review restoren ni. Semua yang baik2 belaka. Cuma kat bahagian frozen steamboat tu, ada seafood tofu yang dah berbau sikit. Mungkin mereka terlepas pandang kot. Overall just nice. Saya suka environment dia. Cozy & santai. 
Saya bagi 4/5 stars. Kemungkinan untuk datang lagi: 75%

Nota: Syarat2 offer ni, boleh rujuk dalam screenshot perbualan whatsapp saya dengan pihak ASAP pada gambar terakhir post ini.
Di bawah ni, saya lampirkan beberapa gambar kenang-kenangan di sana. Enjoy!

Pelbagai pilihan makanan laut, ayam, daging & lamb.
Vegetable, noodle, eggs, drink's corner.
Ada mushroom soup, steamed corn, pau, ice cream dengan pelbagai pilihan topping.
Nasi goreng / noodle goreng

Eskrem
Pandangan luar.
Ini cashier/booking counter tau... Betul2 kat tepi pintu masuk.
Gambar dari luar. Lip lap lip lap gitu~
Nyum nyum
Thanks guys for the birthday treat! :-)
Pelbagai pilihan steamboat seafood ball/kek.
Jom main masak2.
Sempat bergambar dengan mak tersayang.
Masak apa tu chef?


Adik, mom and me.
Frame belakang tu, sejarah dan info tentang restoren ASAP ni. Kalau rajin, boleh baca. Awat mata kami macam tu? hehehee...

Ini pula screenshot whatsapp saya dengan ASAP Steamboat & Grill sewaktu hari booking dan sehari selepas kami makan di sana. Diharap info ni membantu kawan2 yang berminat nak makan di sana.



Untuk lebih info mengenai ASAP Steamboat & Grill, boleh rujuk Facebook mereka di sini: https://www.facebook.com/asapsteamboatandgrill/


************

Container-concept restaurant; All you can eat Steamboat & Grill buffet :D



BUFFET MENU

*Yong tau fu 

*Seafood

*Beef, lamb, chicken and fish marinate

*Pre-Cooked Dishes : Fried rice,noodles, fried finger food, and Crispy fried crab, Lamb soup, white rice, spaghetti bolognese

*Mushroom soup and garlic bread
*Steam sweet corn and pau
*Dessert (ABC, ice cream, candy, dadih etc.)
*Fresh Fruits 
*Hot drinks (Coffee & Tea)
*Fruit cordial drinks
*8 types of sauces
*Tomyam and Chicken soup
*Grill and steamboat stove

OPEN everyday from 6pm -12am

PRICES
Adult RM33
Children 6-12 RM16.50
Children 5 and below FREE

CONTACT
Whatsapp 0134858944 for reservations! 

LOCATION
Waze : Asap Steamboat & Grill
(5 mins from Putra Heights / One City)

ADDRESSLot 94 Jalan Tempinis, Kampung Tengah A 47150 Puchong, Puchong.

*********

Nota kaki: Sepanjang bulan Ramadan ni, restoren ASAP ada buat buffet Ramadan. Harga RM55 seorang. So, kalau nak bukak puasa buffet nasi & lauk kampung dan macam2 lagi, boleh book terus k? Bye bye! See you in my next post. Selamat berpuasa dan menambahkan ibadah dalam bulan yang mulia ni. Assalammu'alaikum wbt. 

#Grill #Steamboat #ASAP #AsapSteamboatandGrill #BBQ #Puchong #Container #IceCream #eat #buffet

Tiada ulasan: