Isnin, 17 Julai 2017

#TechMonday : Cara Nak Schedule Scan Windows Defender Antivirus.

Assalam and Hi all! Hari ni saya nak share bagaimana cara nak schedule scanning task atau cara nak buat jadual scan antivirus utk Windows Defender.

Buat yang tak tahu, Windows Defender Antivirus adalah program antivirus untuk Windows 10. Dia memang dah built-in dengan Microsoft Windows 10. So, tak payah dok kalut untuk download atau install program antivirus lain. Tapi kalau korang masih lagi rasa insecure tanpa program antivirus luar, boleh je install, tak ada masalah. Windows Defender ni, sepanjang penggunaan saya, memang clean & smooth. Ia memang berkesan dalam melindungi PC kita dari virus, malware, spyware, and ancaman-ancaman digital yang lain. Threat definition pun boleh dikatakan setiap hari dia akan update.



Apa yang Windows Defender buat kat PC anda???


  • Virus protection and removal.
  • Malware protection and removal.
  • Spyware detection and removal.
  • Boot-time protection.
  • Real-time protection.
  • Cloud-based protection.
  • Network inspection.
  • FREE automatic updates*


Al-kisahnya, PC ofis saya baru diformat, so kena setting & install apa yang patut. Program Antivirus scan pun nak kena berjadual. Jadi di sini saya nak share sikit cara nak buat jadual tu, sebab kat Windows Defender saya tak perasan pulak shortcut untuk buat jadual scan. Kalau ada, tolong komen di bawah. Mungkin saya terlepas pandang.

Saya buat jadual scan setiap hari (Daily), Scan 3 kali. Jadi di bawah ni saya lampirkan gambar dan steps yang mungkin boleh memudahkan korang untuk setting sekali:-

STEP 1:

a) Pergi Search Bar dan taip "Task Scheduler".
b) Klik "Task Scheduler" dan satu Window baru akan pop-up (terbuka).




STEP 2:

a) Di Window "Task Scheduler" tunggu beberapa saat hingga window yang kosong itu tiba-tiba mengeluakan teks. (Masa menunggu bergantung pada kapasiti memory komputer anda.)






STEP 3:

a) Lihat ke bahagian kiri window tersebut dan Tekan pada anak panah "Task Scheduler Library".
b) Selepas tekan, anda boleh nampak folder "Microsoft". Tekan pula anak panah pada folder "Windows".





STEP 4:

a) Masih lagi di bahagian kiri, Skrol ke bawah hingga anda menjumpai folder "Windows Defender". Klik folder tersebut.
b) Perhatikan pula di bahagian kanan atas window, tekan 2 kali pada "Windows Defender Scheduled Scan". Satu window baru akan pop-up.







STEP 5:

a) Pergi pada tab "Trigger". Sekali lagi, 1 window baru akan pop-up.
b) Klik pada butang "New". 1 window baru akan pop-up.
c) Anda kini berada di window "New Trigger". Di window inilah anda boleh set jadual masa untuk scan virus melalui Windows Defender. Anda boleh set untuk scan secara sekali (one time), Daily (Setiap Hari), Weekly (Mingguan) atau Monthly (Bulanan).
d) Selepas set jadual masa, anda boleh tekan butang "OK".








Sebagai contoh, seperti yang saya beritahu tadi, saya buat jadual scan secara Daily (harian), 3 kali sehari. Contoh je. Tengok koranglah nak set macam mana.

Jika anda mahu buat beberapa jadual lagi, boleh ulang proses pada step 5.


SIAP!!!

Saya harap maklumat ini dapat membantu tuan/puan yang sedang membaca.

Terima kasih daun keladi, esok-esok jumpa lagi... :-)

Anda juga boleh rujuk sini untuk lebih info mengenai Windows Defender.


Nota kaki: Tak sabar nak tengok season 7 Game of Throne malam ni!! Siapa peminat GOT macam saya, sila angkat tangan! Ahhaaahaaa... ;-)

#TechMonday #TechTalk #Tech #Technology #IT #Tips #TechTips #Windows #Tutorial #AntiVirus #AntiMalware #WindowsDefender

Tiada ulasan: